Mulut Bau Petai? Anda Tidak Perlu Risau Lagi Selepas Baca Artikel Ini



Siapa suka makan petai? ye petai merupakan antara ulaman paling di gemari dan juga sedap untuk di buat pelbagai resepi seperti sambal udang petai dan sambal ikan bilis petai.


Tetapi yang spoil pula bau petai sememangnya agak menggangu terutama apabila di dalam tandas! Jadi di sini kami kongsikan petua kurangkan bau petai dalam masakan dan selepas makan.

Cara kurangkan bau petai dalam masakan
:

1. Rendamkan petai yang telah dipotong dengan air basuhan beras selama sejam. Kemudian bilas dengan air bersih dan bolehlah dimasak.

2. Masukkan terung dalam masakan yang menggunakan petai.

Cara menghilangkan bau mulut selepas makan petai :

1. Untuk menghilangkan bau mulut setelah makan petai, kunyahlah timun mentah.

2. Pilihan lainnya adalah kunyah beras yang belum di cuci sampai hancur di mulut. Tak payah telan beranya. Cara paling berkesan.

3. Minum dalam tiga empat teguk susu segar sebelum dan selepas makan petai, susu segar yang dalam kotak atau dalam botol pun boleh saja.

4. Ambil segengam beras, masukkan ke dalam mulut kita, dan kumur dengan beras tadi. Bau mulut akan hilang, caranya mirip seperti no 2 di atas.

Mudahkan dengan petua kurangkan bau petai dalam masakan dan selepas makan di atas? Di harap dengan petua ini dapat meneruskan kegemaran anda untuk menikmati khasiat dan keenakkan petai dalam masakan. Ok selamat mencuba. Oh ya, jangan lupa kongsikan tips ini dengan kenalan-kenalan anda. Share tau!

Untuk lebih banya petua sila kunjungi - Koleksi Petua Melayu

0 comment... add one now