IPOH: Polis sedang menyiasat kesahihan maklumat dan video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dipukul oleh seorang wanita dipercayai di sebuah taman asuhan kanak-kanak di sini, yang menjadi viral dalam media sosial.
Rakaman video berdurasi 53 saat itu menunjukkan wanita berkenaan menampar pipi, belakang, paha dan lengan kiri selain mencekak mulut mangsa yang sedang menangis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman, berkata pihaknya sedang menyiasat video yang diviralkan itu. "Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
"Kita akan siasat kesahihan kejadian itu dan benarkah ia berlaku di lokasi yang disebut dalam maklumat yang diviralkan itu," katanya ketika dihubungi di sini petang ini. KiambangMerah