Download Contoh Soalan UPSR 2016 Format KSSR Lembaga Peperiksaan (KPM). Format Peperiksaan dan Contoh Instrumen Peperiksaan (UPSR) Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tahun 2016 telah diumumkan Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu sidang media di Putrajaya. Pengarah Lembaga Peperiksaan KPM memaklumkan perubahan format tersebut membabitkan bentuk dan jenis soalan. Soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Download Format dan Contoh Soalan UPSR 2016
Berikut Format Baru UPSR 2016 dan Contoh Instrumen Soalan Peperiksaan seperti mana yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di dalam laman/portal rasmi KPM. Format Mata Pelajaran dan Contoh Instrumen telah digabungkan dalam format pdf untuk memudahkan rujukan para guru dan melancarkan proses muat turun.
Bahasa (KSSR) UPSR 2016 Format dan Instrumen
Format Mata Pelajaran Bahasa dan Contoh Instrumen/Soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
Matematik (KSSR) UPSR 2016 Format dan Instrumen
Format Mata Pelajaran Matematik dan Contoh Instrumen/Soalan Matematik Sk, Matematik Sjkc dan Matematik Sjkt
Sains (KSSR) UPSR 2016 Format dan Instrumen
Format Mata Pelajaran Sains dan Contoh Instrumen/Soalan Sains Sk, Sains Sjkc dan Sains Sjkt
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2016
UPSR format baharu akan membabitkan 6 subjek dengan Bahasa Inggeris dipecahkan kepada dua kertas iaitu Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan. Murid tahun 6 pada tahun 2016 adalah ganerasi pertama mengikuti sistem KSSR dan menjadi murid pertama menjalani UPSR dengan format baru.
Kenyataan Media Format Baharu Peperiksaan Pusat
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2016. Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.
UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan. UPSR yang juga memberi penekanan kepada penguasaan literasi, numerasi dan KBAT berhasrat untuk mentaksir pencapaian pembangunan kemahiran seperti penyelesaian masalah, penaakulan dan kreativiti. Kesemua enam mata pelajaran yang ditaksir melalui UPSR adalah juga mewakili mata pelajaran yang dipelajari di peringkat sekolah rendah