7 Fakta Menggerunkan Mengenai ISIS di Malaysia

Apa itu Daesh di Malaysia


Ada saudara Abu Syafiq ni bagi 9 soalan tadi. Megah nyaa dia tanya soalan ni. Pastu ada yang like pulak. So bagi admin terbukti la masih ada segelintir rakyat malaysia bengap,buta hati, katak bawah tempurung, bodoh dan paling penting BEBAL.

Sila hadam ye jawapan dari admin IKANSADINMAKANORANG



1. Pengganas adalah individu atau kumpulan yang bersifat militan bersenjata yang fanatikal terhadap mana mana ajaran ugama atau fahaman politik. Daesh diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas dan rangkaian mereka di Asia Tenggara termasuk Bangsamoro Islamic Liberation Front, Moro Islamic Liberation Front, Abu Sayyaf, pecahan anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia, Mujahidin Indonesia Barat dan Kumpulan Mujahidin Indonesia Timur.

Klasifikasi pengganas juga termasuk pada kumpulan yg disebutkan diatas yg mana mereka melakukan aktiviti militan rentas sempadan dan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

LTTE atau kumpulan pembebasan gerila Tamil Eelam yg bertempur dengan pasukan keselamatan Sri Lanka juga diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas.


2. Struktur Daesh Malaysia merangkumi pengrekrutan ahli dan symphatizer oleh anggota Daesh luar negara warganegara Malaysia. Rekrut selalunya diseru untuk keluar dari Malaysia untuk menyertai gerakan tersebut di Syria dan Iraq. Dan ini terbukti dengan 2 orang warga Malaysia yg menjadi pengebom berani mati di Iraq tahun lepas.

Kepala utama rekrut warga Malaysia dipelopori Muhammad Wanndy Mohamed Jedi a.k.a Abu Hamzah.

Unit rekrut Daesh juga telah meningkatkan usaha untuk merekrut ahli di Malaysia untuk melakukan serangan lone wolf dan suicide bombing keatas sasaran tentera dan awam di Malaysia. Ini telah ditangkis dengan penahanan yg dibuat PDRM pada tahun 2015 di Kuala Lumpur dan Terengganu dan asal pelaku terror ini bermula dengan bersimpati terhadap perjuangan Daesh.

3. Lokasi latihan adalah yang dikenalpasti adalah di kawasan selatan Filipina dan Indonesia.
Latihan militan bersenjata ini dibuat diluar negara kerana kesukaran mrk melakukan perkara sedemikian di Malaysia. Walaubagaimanapun latihan seperti membuat bom untuk tujuan serangan berani mati boleh dipelajari secara online melalui aplikasi lama sosial dan ini telah dikenalpasti terlebih dahulu sebelum mrk melakukan serangan tersebut.

Merekrut ahli juga dibuat melalui laman sosial seperti facebook dan aplikasi telegram yang mana aplikasi sedemikian digunakan utk menyebar dakyah, arahan serangan dan hasutan utk menyertai kumpulan tersebut.


4. Funder Daesh adalah Daesh sendiri dan kewangan disalurkan melalui akaun luar negara yg telah ditetapkan kumpulan tersebut kepada kumpulan yg berbaiah di Asia Tenggara.

Ketua utama Daesh Malaysia di Syria juga melakukan aktiviti penyaluran kewangan kepada ahli di Malaysia.


5. Weapon cache telah ditemui di kawasan Ulu Kelang dan sejumlah anggota ditangkap pada tahun 2014 ketika cuba mengadakan latihan militan.

Sumber persenjataan kumpulan ini lazimnya diterima dari sempadan i.e sempadan Malaysia Thai dan sempadan Malaysia Selatan Filipina.


Pencegahan penyeludupan senjata dan kontraban telah dilaksanakan melalui ESSCOM bagi Sabah Timur dengan pemintasan serta tangkapan dibuat keatas penyeludup.


6. Objektif DAESH di Malaysia adalah sama seperti objektif mereka di Timur Tengah dan Indonesia serta Filipina.

Menubuhkan Daulah Islamiyyah dan menjatuhkan sistem sekular.

Objektifnya nampak mulia tetapi keganasan yg mereka lakukan dengan menindas dan membunuh orang awam seperti yg berlaku di Syria dan Iraq serta serangan keatas penduduk awam seperti yang berlaku di Paris, Brussels,Sydney dan Jakarta adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang mana dalam perang non kombatan tidak boleh sama sekali dijadikaj sasaran militer.


7. Who cares.....I as a Malaysian care. Ini kerana ancaman keganasan keatas Malaysia bulankan satu ancaman main main. Keselamatan orang awam adalah keutamaan pasukan keselamatan dan jika tidak dicegah penyusupan dan penyebaran dakyah ini, kita bakal melihat kecelakaan dan kemalangan jiwa terhadap rakyat awam Malaysia tanpa mengira kaum, ugama dan faham politik.

Ini adalah ancaman yg melangkaui politik. Jadi jika anda masih bodoh politik sila sedar yang anda walaupun penyokong pembangkang juga tidak selamat dengan ancaman keganasan ini.


0 comment... add one now