Umrah DIY Memang Murah Tapi Pertimbangkan 7 Risiko Ini Dulu



Sejak viral tentang umrah DIY, ada beberapa orang yang email dan PM saya untuk bertanyakan pendapat. Tidak kurang yang cuba merisik-risik jika saya boleh tolong bookingkan hotel dan pengangkutan.


Mahu berjimat katanya. Mahu kos lebih murah. Saya juga pernah bawa keluarga datang sendiri ke sini. Minta travel agent buatkn visa sahaja.


Bukan tak boleh atau saya tidak menyokong usaha anda tetapi ada beberapa perkara yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam.


Pendapat peribadi saya:


1. Perlu kajian lengkap


Datang umrah bukan macam holiday ke tempat lain. Kita bebas untuk explore ke mana yang kita suka. Umrah ini adalah perjalanan ibadah.


Lagi banyak masa yang anda habiskan untuk beribadat, lebih baik. Lebih puas dan lebih berbaloi. Kalau datang sendiri, nak kena kaji peta, tercari-cari hotel, tempat makan. Nak jimat punya pasal hotel pun jauh. Saya rasa banyak rugi masanya di situ.


2. Masalah komunikasi


Kalau pandai berbahasa arab is a bonus. tapi masih perlu tahu secara terperinci akan lokasi . contohnya lokasi hotel, kos yang biasa dikenakan.. bagaimana nk keluar daripada airport kerana pemegang visa umrah akan keluar di terminal haji. boleh ambil teksi dari situ untuk ke makkah atau madinah. tapi kalau salah dapatkan teksi boleh kena tipu!


3. Tiket kapal terbang


Tiket kapal terbang tak murah. Ikut musim juga. Kalau musim Ramadan harga akan lagi mahal. Nak murah kena tunggu AirAsia buat promosi lah.


4. Faktor keselamatan


Faktor keselamatan juga penting. Jangan pandang ringan. Lebih lagi untuk wanita. Perlu lebih berhati-hati. Kalau boleh jangan ambil teksi tanpa saudara lelaki atau pun suami anda. Agak bahaya.



Budaya juga berlainan. Orang sini jarang sekali berurusan dengan wanita. Kita tak boleh over independent sangat. Bahaya.


5. Makanan


Makanan agak mahal di sini. Nak murah pun ada. Dapat roti Arab besar-besar tu. Memang kenyang. Kalau nasi agak mahal. Tapi portion besar.Boleh kongsi ramai-ramai.


6. Kos pengangkutan


Kalau pergi ziarah kos teksi semua agak mahal ya. Sebab lokasi ziarah semua agak jauh dari Masjidilharam.


7. Bila ada kematian


Ni paling penting. Kalau melibatkan kematian agak rumit kalau datang sendirian. Kami pernah jumpa jenazah rakyat Malaysia yang tidak dikebumikan berbulan-bulan.


Oleh itu jangan ambil ringan kalau bab perjalanan ibadah ini. Dah biasa buatbackpackers trip ke tempat lain kalau boleh, jangan buat di mekah dan madinah.


Pendapat saya, untuk beribadat kita pastikan perjalanan lancar dan selamat. Baru tenang dan tidak terganggu ibadah.


Untuk yang kurang berkemampuan saya kira-kira kos diy tak jauh beza dengan ambil pakej-pakej murah. Hotel pun sama jauh. Keselamatan lebih terjamin.


Makanan dan pengangkutan semua biasanya dah tersedia. Kita tinggal fikir untuk ibadah sahaja. Hal lain tak payah susah-susah nak fikir. Kalau datang diy banyak juga kos tersembunyi yang nak kena kira tu.


Jadi fikir-fikirkan lah semula ya. Dalam keadaan bagaimana kita datang sekali pun semua itu adalah usaha. Inshaallah. Doakan yang baik-baik dan dipermudahkan.


Selebihnya adalah tawakal. Cuma ‘jalan usaha’ itu kena betul dan tidak memudaratkan diri sendiri.

Ditulis oleh : Masnira Ramli | TheVocket

0 comment... add one now