Almarhum, Allahyarham, Haji Mambrur, Umrah Mabrur Yang Sering Kita Tersilap Guna



Ramai antara kita di Malaysia ini sering keliru dengan penggunaan Allahyarham, Allahyarhamah, Almarhum, dan Almarhumah. Begitu juga keliru dengan penggunaan mambrur dan maqbulah untuk Haji dan Umrah. Jadi bagaimanakah penggunaan yang tepat?

Berikut perkongsian yang sangat bermanfaat dari saudara Ahmad Saifuddin Yusof.

-----------
Sebutan yang tepat.
Allahyarham untuk lelaki. (Betul)
Allahyarham untuk wanita. (Betul)
Allahyarhamah untuk wanita. (Salah)
Almarhum untuk lelaki. (Betul)
Almarhumah untuk wanita. (Betul)
Haji Mabrur. (Betul)
Umrah Mabrur. (Salah)
Umrah Mabrurah. (Salah)
Umrah Maqbulah. (Betul)
Nota : Kalimah umrah dalam Bahasa Arab adalah mu'annath (feminin).
Ringkasan daripada nota Prof. Dr Hassan Basri Awang.
Tambahan : Menurut Tuan Mohd Danial Madani, orang Arab ramai menggunakan ungkapan Umrah Mabrurah. Maka sebutan itu boleh diterima.

-----------

Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat. Terus beramal dan lepas ni tak tersilap guna dah. Mungkin juga selepas ini jika anda dengar orang kita tertukar maka kita perbetulkan mereka. Sebarkan!

0 comment... add one now