Pelik tetapi ia benar kerana setiap
jenis tulisan atau font menggunakan jumlah dakwat pencetak yang berbeza.
Mungkin sesetengah pengguna tidak
menghiraukan hal ini, tetapi terdapat juga pengguna yang menitikberatkan soalan
penjimatan dakwat pencetak, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakan
katrij.
Beberapa kajian oleh pakar telah
dibuat dan hasil menunjukkan font Arial menggunakan 20% lebih dakwat berbanding
jenis tulisan yang lain. Jika dilihat sekali imbas pun kita boleh meramal
penggunaan dakwat bagi font Arial lebih tinggi kerana, hurufnya yang besar dan
warna lebih pekat.
Berdasarkan ujian yang dijalankan,
jenis tulisan Times New Roman 27% lebih jimat berbanding Arial. Begitu juga
dengan Calibri dan Century Gothic yang menunjukkan penjimatan lebih baik dari
Arial.
Berikut merupakan 4 jenis tulisan yang
boleh digunakan untuk menjimatkan penggunaan dakwat.
- Calibri
- Ecofont
- Century Gothic
- Times New Roman
Sekiranya anda mahu mencetak nota,
resepi atau perkara-perkara lain bolehlah beralih kepada jenis-jenis tulisan
yang disenaraikan diatas.
Tetapi bagi mereka yang diwajibkan
menggunakan Arial, anda perlulah turuti arahan tersebut. Seperti contoh
pensyarah mahukan tugasan disiapkan dengan font Arial, janganlah gunakan font
lain kerana markah anda mungkin akan ditolak.