"Kerana Cinta Itu Buta" Wanita Ini Ketepikan Isu Umur Walau Berbeza 49 Tahun.
UnknownBogor (Indonesia): Satu pasangan yang baru berkahwin di sini menjadi tular di media sosial di Indonesia selepas usia si isteri 49 tahun lebih tua berbanding suaminya.
Ade Irawan, 21, melangsungkan perkahwinan dengan Sanih, 70, dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari di Cileungsi di sini pada Ahad lalu.
Ade berkata, dia berkahwin dengan Sanih atas dasar cinta selepas perkahwinannya yang terdahulu dengan seorang wanita sebaya berakhir dengan perceraian.
“Saya bercerai kerana bekas isteri saya sering meminta membelikan banyak benda sedangkan saya hanya bekerja sebagai buruh.
“Pernikahan saya ini adalah jodoh dan saya niatkan sebagai satu ibadah berumahtangga,” katanya yang memberikan mas kahwin berupa kelengkapan solat.
Sanih yang sudah menjanda sebanyak dua kali pula memberitahu, dia berharap perkahwinannya kali ini kekal hingga ke akhir hayat.
“Semoga perkahwinan kami mendapat keberkatan dan saya berharap untuk mempunyai zuriat,” jelasnya.
TribunnewsBogor.com melaporkan, perkahwinan pasangan itu tular selepas gambar mereka dimuat naik di laman Facebook baru-baru ini.
Sumber: Harian Metro
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →